semenjak kita belajar bagaimana memanjat tangga di dalam rumah, kedua belah mata kita mula menjajah seisi rumah. mengenal tiang, lantai, dan loteng . memegang tekstur tiang, lantai dan loteng . kemudian mengetahui fungsi tiang, lantai dan loteng .
usai kamu tahu apa guna pancaindera kamu. kamu menguasai ruang . dan kamu ketahui ruang yang sedikit itu tidak cukup untuk mengenali dunia.
kemudian kamu belajar menuruni tangga. kamu tahu hidup kamu berteraskan kehidupan dan keputusan. apa yang kamu buat adalah apa yang kamu putuskan. dan apa yang kamu putuskan adalah apa yang kamu percaya dan berpegang kuat padanya. kerana kamu tahu, bila kepercayaan kamu longgar, perjalanan kamu selepas tangga terakhir adalah semakin payah dan berisiko mati separuh jalan . mungkin tidak sampai separuh pun. mungkin juga kegagalan perjalanan kamu tidak meninggalkan kesan lansung kepada apa apa atau siapa siapa.
sia sia dan buang masa.
jadi, kamu yang ingin menguasai ruang, menjelajah perjalanan, mereka eksplorasi. Percaya.