Bau kopi dan Nour El Chams

Bulan Disember ini, aku mengalami proses peralihan diri, sedikit dikit menyerapkan tugas baru dalam diri. Misi menamatkan apa yang dimulakan. Projek minum kopi pekat dengan krim lemak manis dalam rumah kayu beratapkan langit berlantaikan sawah padi. Sungguh aku mengimpikan seorang tua menunggang basikal dengan perlahan dan uzur, menggagah fizikal dengan kekuatan batiniah. Kalau momen itu dapat dikaptur, ia satu anugerah buat mata dan memori.Beza jarak momen sebenar dengan momen yang dikaptur, di sana tersimpan zat sabar, di mana sabar itu adalah nafas kasih sayang .Dan zat yang dihargai adalah bau kopi yang mengkhayalkan.


Tahun depan adalah Nour el chams yang semakin membahang. dan dibawahnya adalah penari penari yang berpeluhkan kopi.



Mari lihat signifikan kopi dan Nour el chams di tahun depan. Oh lupa, untuk sepanjang tahun ini dan kucuri sedikit tempoh masa hadapan, aku menjawat sebagai speran . Melapor diri.
half remembered names & faces, but to whom do they belong?
























sting

parlimen merah


ke hadapan  sidang pencemar
bernakhoda aku disini sesemput udara nipis senipis semput sang pelelah
di mana meja meja berantakan dengan jiwa yang berlayur
mana mahu lari yang dikejar oleh sang pengejar
bubar terus bubar lari terus lari jangan jatuh nanti diterkam
ke mana hitam putih kerakusan relatif terbang di bawa angin
aahh tegar kamu membinasakan kami
tegar kamu membincangkan arah musnahnya kami
tegar kamu menjamukan kami atas meja untuk dilahap
kami geli dong dengan mulut mulut berdarah kamu
busuk


busuk bau mayat kayaknya lebih mulia dari perfum si pemakan daging saudaranya.
mari sini aku ambil darah kamu.

masalah versus masa

Kalau masalah itu jadi paradoks, sahihkan saja. Masalah itu, kalau dibinatangkan, maka ia dijelmakan sebagai anjing. Di usir jangan, jadi haruslah berdepan.Jangan bermuka muka dengan masalah, nanti jadi kalamiti, prahara besar jikalau mendakap masalah tanpa tahu cara untuk selesaikan. Bercakap dalam bahasa mudah, jadikan masalah itu kenderaan kita, bukan alat kosmetik untuk kedutkan wajah, lalu menjadikan kita tua tanpa matang. Kadang kadang, perkara yang sukar dijangka. yang jauh dari ekspektasi, boleh jadi pembayang untuk solusi sebenar. Benarkan segala kemungkinan, bila tiada yang mustahil, maka kejar untuk dapatkannya. Dan kawan, berdoalah agar diberi pencerahan. 

bloom and blast .

II.






Hai siang yang menerima jemputan burung Jacobin


terbang itu memang indah


namun yang terpenting adalah menjejak tanah


yang bawahnya segala pacat dan lintah, saling bergomol merebut darah


maafkan kami,


berqada dengan  waktu seharusnya, lelah


aku ini terbang untuk mencari katarsis dalam diri yang israr


juga sedang melawan dan berlawan dengan kuasa dalam diri


kata Rumi, mencari rahsia itu , hati perlu lupakan malu dan rendahkan maruah.


sungguh payah, Tuhan.



untuk A dan untuk A

Ada seseorang, entah di mana mana lokasi, dia bertanya. 
Bagaimana mahu merakus embun, menghadam hari ?
Aku biarkan saja dia itu , berdiri menggagah tulang .
lalu dia bosan menunggu barangkali maka dia berlari lari saja atas padang rumput itu.

Hari berikutnya,  dia mendongak langit . Ketika itu sudah senja.
pandangannya kemudian jatuh pda cebis kertas atas rumput hijau.

dia buka, sambil tersenyum, kertas itu membicarakan , sederhanakan aku dengan hari hari yang punya cerita .


Mari kita cuba pasangkan , satu bulan dan satu mentari saling bersebelahan dan gamkan atas langit .
Selamat hari jadi Alya dan Abu . Maaf aku ini orang nya jenis tidak tahu menyambut tahun baru seseorang . Selamat !

kawan kawan dalam term mudah tapi berat


ini sangat Fail bila datang kepada cara cara membuat mukadimah . adalah lebih baik untuk terus bercerita mengenai kawan, ya itu yang saya mahu tekankan. Baka kata lubang atrium berkawanlah secara spesifik bukan secara general kerana nilai kecil adalah lebih banyak dari jumlah yang besar. heh? 




setelah membaca blog seorang kawan saya baru tersedar , bahawasanya saya mempunyai kawan kawan yang hebat. apa yang awak mampu harapkan dari seorang pesakit amnesia seperti saya? memori memori lepas saya cuma datang dari kawan kawan saya. ya kawan kawanlah yang mengingatkan saya, siapa saya sebelum ini, sedang dan akan datang. kawan kawan. 




kawan kawan kedengaran seperti kata ganda yang main main bukan? kelihatan mudah, tetapi menjadi kawan kawan yang memegang kualiti nilai sahabat yang sebenar, adalah payah. Dan saya rasa terharu, mereka mereka yang jauh berjuta juta kilometer dari saya, masih sanggup menyimpan amanah nilai sahabat.  Sebenarnya saya malu mahu mengaku,di perenggan ketiga ini telah berjaya membuat mata saya berkaca kaca, padahal jiwa saya yang terkena kaca sebenarnya. pedih.






dan di perenggan ke empat , saya menyandar ke dinding.Saya tahu, kawan kawan jauh menjadi tulang belakang saya, dan kawan kawan dekat, memimpin tangan saya. Ke mana mereka mahu bawa saya? Saya juga tahu, setiap kali saya berjalan, ada antara kawan kawan yang memimpin tangan itu, menolak tubuh saya jatuh. Tapi saya tak mahu menangis, baik disimpan airmata untuk rasa terharu dengan kawan kawan yang ada nilainya kan.




Saya baru hidup lapan belas tahun. Tak ramai saya kenal. Tak lama yang saya kenal. Tapi saya tahu, antara yang sedikit itulah. antara yang sekejap itulah , yang saya sayang. mereka orang orang yang hebat. Di perenggan terakhir ini, saya mahu simpan saja kaca dalam hati, sebab saya mahu rasa pedih untuk kawan kawan yang sejati.




kawan kawan yang sedang baca, ya, anda hebat , saya tahu :)

bloom and blast .

I.




Hai para pemain waktu ,


bahawa aku disini adalah ingin melapur diri


yang aku sedang parah


tentang aku yang sedang berdarah


pada kaki yang tak cukup pantas


namun tak diminta dicantas .




Pinta aku, biar subuh itu berjalan sendiri . untuk aku dikaki bukit, menggulakan mata dengan warna langit yang bersilih ganti .

Bercumbu dengan mereka.

Keghairahan adalah satu perkara mahal yang  dijual dalam pasaran terhad. Di sini, kita melihat satu prospek dalam menggilai sesuatu, sifat entusias itu sangat payah untuk ditimbulkan. Mengapa? KIta hilang penghayatan dalam menilai sesuatu.


Satu perkara, yang dulu aku amalkan, adalah bercumbu dengan buku. Bagi aku, aktiviti ini punya nikmat tersendiri. Apa rasa mencumbui buku dengan ghairah, seperti aku dalam imaginasi aku sendiri. Dan menurut imaginasi, melalui jalan itu, mereka tidak pernah membuat aku rasa malu dan terhina tahap sedalam kerak bumi kerana membayangkan dan memahami mereka.Melalu pembacaan secara ghairah, mereka mengajari aku bagaimana untuk mendekati mereka, bercumbu dengan baik dan benar, dan nikmat tak tercapai dengan hanya mengkhayalkan imej percumbuan. Tidak lupa, mereka membuat aku faham cara berenang dengan pantas dalam lautan ilmu mereka, buat aku lebih faham, bahawa ada pola pola yang perlu aku terokai dahulu.



Dalam satu pengkhayalan, pernah, aku mendoakan bahawa aku secara magis bersekedudukan dengan pengetahuan mereka, menari dalam pawana yang  diwujudkan, dan tenggelam dalam kesaktian nikmat keghairahan.



Ini cerita berjuta tahun dahulu. Betapa aku kini yang berumur berjuta tahun selepas cerita di atas, untuk kembali ke masa berjuta tahun sebelum masa ini.

peperangan sunyi

Katup mata rapat rapat. Di situ cuma keindahan. Kegelapan yang menayangkan perlawanan sengit batin dan jiwa, bersengkarut tak keruan, berbelit dan menghimpit dada manusia.  Partikel yang menujah dinding secara sadis, berlawan secara sunyi lalu mewujudkan dua kutub berlawan arah, namun tak pernah berhenti dari terus berlawan. Yang satu menggoda pada jenuh kejatuhan, sedang lagi satu memaksa untuk berfikir tentang kebangkitan, yang cuba menemukan kembali keinginan terdalam. Puas aku menggali untuk penetrasi seliat kemunduran keghairahan. Dan untuk jam yang infiniti, aku menemukan jawapan yang kembali pada diri.

        Know thyself.


Jati diri sebenarnya besar, tak sekecil kau kira. wujud ia dalam limit perbatasan. cuma ada namun tak berwakil. Aku cuba apungkannya, dia terbang menemui Pencipta. Baru aku sedar, sebenarnya ia perlu hadir di sana. di sana.



Kita perlukan sandaran, dan tulang belakang kita tertinggal sebenarnya. Pasang kembali untuk afirmasi hubungan dengan Tuhan.  Dua jalan, yang satunya adalah jalan damai untuk kembali , dan satu lagi jalan jatuh untuk menjadi terasing , terpisah. dan simpul simpul mati yang tak sempat mengaut akar dasar di mana ia sepatutnya ada. Terma kehadiran untuk setiap apa yang wujud, lau munculkan. Abaikan pandangan kasar, meski kau orang gasar.






peperangan sunyi , yang mencari menangnya keinginan sepi.
mungkin dulu kau temui aku dalam lingkup cahaya  dari kerajaan misteri
dan kini kau berdiri  di pintu masuk sebuah mimpi.
dari fantasi mu di dunia  sana, kau lihat, ah kau cuma berimaginasi tentang pulau terapung itu. 

ya aku kagumi  semangat  mu  yang menziarahi setiap  jantung yang hidup  lalu kau tikam dengan  kalimah,
cuma kali ini.
aku mohon.
 dunia aku adalah habitat bayang  bayang hitam yang kehilangan roh.
sadis adalah sifat yang dibela belai  dan  pada waktu yang silap, 
kami akan menjilat  rakus debu dunia yang sesat   melanggar sempadan kami.


trauma  mengasari aku   , buat aku jadi takut sendiri kalau kalau, jiwa
yang terbang sendiri ini  bersenggama secara  halus dengan debu yang kau bawa.

jadi aku merayu, 
untuk kau di muka  pintu.

dimensi

 di satu mimbar yang dunianya sepi,
yang kerajaannya angin,
yang khalifahnya hati.

yang takwanya dituntun ke neraka.



yang waktunya berjelaga pekat menanti musnah.

Hey Jude



holistik, tapi bukan pengakhiran.

anda bilang anda mengenali saya? heh. hidup itu carut hidup itu celaka. kalau bisa ketemu yang baik baik itu adalah satu anugerah teristimewa untuk saya. Manusia sangat cliche walau dicanang variasi. Dogma dude, dogma. Kau lihat, kau tamsil, maka kau fikir sudah taaruf? Mata manusia cuma melihat yang mudah, tangan yang membikin sukar. Mengapa tidal gunakan fungsi cerebellum , medulla segala bagai untuk memikir yang jauh? Jangan kata sarafmu terlalu panjang hingga berselirat, tersimpul mati maka pemikiranmu juga dikhabar mati? Aku bukannya penyalin manuskrip Bible yang kemudian menyeleweng kisah hidup sendiri. Maka aku, yang mematikan diri di Laut Merah, tunggu masa ia beralun berombak masihkah aku statik, aku fikir kiranya aku cuma memandang langit dan melebarkan diameter bukaan mulut, menanti kerpasan hujan turun memurungkan bumi. Tapi ini kesukaan aku. sinema favoritas. Dan bila malam, aku beralih tempat , mendapati diri saya di atas hampar rumput sambil menala pandangan ke bulan. John Heywood membuat persepsi silap mengatakan bulan itu cheese. Bagi diri saya, boleh juga kalau mata mampu menjilat kesedapan cheese tersebut.Kerna bila malam, saya lapar. Saya bukan catwoman . Lapar saya hanya memerlukan saya menala langit gelap sambil berimaginasi seperti method Lady Gaga membayangkan meminum kopi tanpa sebarang aksi fizikal yang sebenar. Dan pabila selepas subuh melabuhkan zatnya, saya jadi lupa. Benar saya seperti amnesia untuk mengenali, siapa saya. Iyalah sahih bicara kau. Saya melupai saat semalam dan melangsungkan hari ini cuma dengan ditujal satu tekanan, yang saya cuma mampu relakan.
untuk mengetahui sesuatu, maka ahlikan diri kita untuk sesuatu itu.

hee

dualitas dari seorang penari adalah satu.Gerak mencipta dalam makna makna, tidak bisa dibongkar bongkar. Hanya saja sang pembongkar lahiriah menampakkan keharuman, sedangkan sang keharuman sendiri dirahsiakan.  


Duhai kesatuan berganda, sex terlalu sensitif hingga dikau merahsia. MUngkin, inilah yang membuat kau mengutus si hijau untuk bermain dalam ghairah dan lalu memanggil nafsu ciptaan dalam kesatuan. Sehingga permainan lahiriah hanya ingin dipeluk untuk dirasakan hangatnya, demi untuk sang kehadiran.




Mahu tahu dia bilang apa?








# wangimu ku cium, harum :)

alam.

dan dia bilang, setiap perkenalan meskipun hanya sebuah imaginasi,
kita menyentuh kehadirannya , dan ketika hadir kita mencari aromanya. Kadang kala kita menderita kerana nya, bau yang diinderai kita, Jikalau itu adalah ghairah , kita dituntun untuk menyentuhnya.

Tapi kerana etika hukum alam, kita dibutakan dengan tanda tanya dan limitasi. Sekadar membau menyentuh jangan. Maka semua adalah persepsi, dalam hal ini objek adalah perempuan , tuntunan jiwa adalah sentuhan sedangkan jasad adalah hubungan. Finalnya, berimaginasi tentang Tuhan munculkan figura perempuan , maka alam adalah perkahwinan ! 

Mengangguk aku menggeleng tidak, memahami tamsil mubin yang dijelaskan, tuntut aku dalam kesabaran. 


Terima kasih untuk kalimat.
Mungkin saya yang terlalu serius, atau mungkin kamu yang terlalu santai. Katanya hidup jangan dibuat susah, namun mati jangan dipermudah.
kalau dah ada di atas tu, jangan lupa yang paling atas sekali
Bibir aku kering . Siapa yang nak basahkan? Haha

hidup ini sentiasa berkalau kerana kita bukan Tuhan. hidup ini juga bersyarat kerana sekali kita lari dari garisan, kita hilang.

orang yang hatinya hitam,pembekal bahan arang dalam hati kemudian jadi api,
tidak lain, cuma schadenfreude.
ini vitalis, dia ada cuma tak timbul.
salam.
hidup itu bagai diperkosa, kalau tak tahan, nikmati saja.
satu hari nanti, burung mekanikal berterbangan dengan semputnya. dan dengan nat dan bolt  yang karat, burung itu menyinggahi gurun gurun yang melingkupi hampir keseluruhan dunia.lalu memuntahkan kentut karbon monoksida, kloroflurokarbon, dan adik beradiknya.nanti, para homosapiens cuma mampu mendongak ke langit dengan rasa dungu. dan lebih bodoh,antara keramaian itu, ada engkau
Pyrrhonian skepticism was my instituition. Curiousity used to be my alma mater. The flow of time makes me acknowledge the value of loss and gain. Its too noir to have the knowledge that the portal to the pastime has enclosed and I, am stuck to the other world of unknown. Me gusta. Me no loathe it.To thee my dear, you , ay, please ride on my back , Hold me tight. Fuck in your fear. 


its 1:49 am, at the other world of trash.
saliva sudah kering. mentari petaling jaya telah menyerap rakus segala saliva sebenar aku. you are the different you when you are at the different places. maka aku, jadi apa di sini? sepertinya, aku yang sebenar, tenggelam jauh, terlalu dalam .
lapan belas tahun aku telah melalui pelbagai transisi identiti berbeza. menjadi aku yang pelbagai. tetapi masih aku. tercampak dalam dimensi lain, kini baru aku betul betul keliru. siapa aku pun menjadi tanda tanya untuk kepada diri sendiri. sungguh, aku tidak suka aku yang sekarang. i used to be a motivator, dan sekarang, sesiapa, tolong motivasikan aku. aku terlalu lain. semakin menjadi lain. dan aku tak suka. boleh salahkan tempat dan persekitaran. adapt yourself to changes, save a cosy hammock somewhere nice. itu aku dah biasa, terlalu, walau dulu, cuma sekarang, entah mana silap. perubahan ini yang aku tidak suka, terlalu rapuh dan tidak mendirikan aku. perubahan yang menyepak aku ke dalam kebencian. serious.


jujur, aku suka aku yang pelbagai, cuma bukan aku yang sekarang. statik,
mak..
abang lapar.
mak...
abang nak mak.
mana mak..

rumah kosong, gelap. tanpa penghuni, suara itu merayu.


lampu digelapkan.


manusia memerlukan makanan untuk hidup.
tanpa makanan, kita mati
tanpa duit, tiada makanan.
tanpa makanan, aku menangis.
bila menangis, air mata jatuh ke pipi
lalu ke mulut.
masin.
garam= makanan.
makan untuk hidup.
maka aku akan terus menangis
untuk hidup.

selamat menjadi miskin.
bahagialah dengan garam dari airmata.. 

sila beri tajuk, I

Wad C.Pintu automatik. aku berjalan dengan langkah skala kecil, untuk menghidu sedikit bau hospital. Dalam 3saat, bau bau kesakitan menyerap masuk dalam kulit. Seperti aku turut merasa sakit. terdifusi secara halus, adalah lebih menyeksakan untuk setiapa saraf hujung epidermis. malam itu cerah kerana neon, cuma terlalu oscuridad untuk dasar hati yang diburu rasa rasa di muka pintu Wad C.

pintu terbuka.

Sedang emlalui jalan noche.  Selamat Datang.
lima puluh empat tahun digenggam merdeka.dan tercengkam terselang seli siapa nampak ?


maaf aku buta
mereka cacat


dan kami tak nampak

cuma kami tahu kau sumbat anus rakyat kamu dengan mekanisme ciptaan kau.
ada yang stim ada yang merasa sakit


dan aku sebilangan yang merasa terseksa.
kami percaya dengan apa yang kami percaya 



manusia bukan lembu. lembu pun mengamuk kalau disepakterajang.



"kelak ketika tua, kita tahu kita semakin sulit tertawa.
Sebab, seperti pohon,
semakin menjadi tua, semakin mengeras diri manusia"
bilangan fu. ayu utami.
merokok itu seperti menghisap hingus babi.


repost.

bercakap tentang junk.

semalam aku berdialog dengan Thomas Edision.alah, siapa yang tak kenal. si comel comel prodigi tu.
perbualan kami selalu bersangkut paut dengan isu kegeniusan beliau. kadang kadang gua jeles juga. tapi apa boleh buat. . saiz otak aku lebih kecil dari saiz otaknya. dan bercakap tentang saiz. does the size matter ? heh.

dan prolog perbincangan kami selalu bermula dengan kata kata beliau yang sering dicanangkan di google. " Discontent is the first necessity of progress."




wahai edison, aku melihat kau selalu rasa bangkit. aku lihat api  di sekeliling kau.


kau, aku pun nampak api di belakang kau, cuma malap.


waktu itu aku teraba raba. gelap kan. segelap mata hati yang terbalut kemas oleh denial. penafian alam yang akhirnya menolak aku dalam satu skematik sesat. selalu aku hilang arah. selalu aku berlari dan terjatuh lagi. dan selalu perasan berbagai berlanggar langgar lari dalam ini.


dan kau ?


aku tidak gagal, aku cuma menemui sepuluh ribu jalan yang tidak berjaya. kata edison.
dan aku temui satu pencerahan dalam berjuta kegagalan.


dan aku .


perlukan paolo coelho sebagai pencerahan itu. dia bilang, "be brave,take risks. nothing can substitute experience"




pengalaman oh pengalaman, di mana lokasi kau.
edison:I start where the last man left off. 


sebenarnya aku cuma perlukan mata. lihat dan lihat. cuba jilat kegagalan dengan mata.




aku cuma perlu lihat dengan mata, berani dengan langkah. dan sepanjang jalan aku kutip catitan.


'Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up. ' edison.


jom jalan.



dari tepi tingkap, aku bau hujan.dan, lihat juga, pasti.
" Bau nya fantasis. bau manis. inilah bau kerpasan yang aku nantikan" kata jiwa.  hidung bisa jadi hidung vampire, yang sedut kemanisan eksensis. sungguh , hidung boleh jadi addicted pada bau hujan. (cuma aku tak menadah lubang hidung untuk menyumbat masuk air hujan)




dan seorang teman pernah berkata,
kalau benci hujan, payungi lah diri. gunakan payung dan terbang, terbang! tujulah puncak awan, pakukan apa yang terkopak. biar hujan tak biasa turun.


dan biar isi alam yang lain cuma mampu mengharap untuk merasa nikmatnya.


yah, itu untuk orang yang tak merasa simpati pada jiwa jiwa lain di tanah ini.




kalau orang lain menghindar, dan aku mahu dibasahi kerpasan liquid yang menyamankan itu. untuk merasa virga yang cantik teroksida di tengah ruang udara. dan dia halimunan.




berjalan dalam hujan, adalah terindah.




saat hujan terhenti, kegembiraan berakhir.
menurut zomba yang mendiam kawasan paling dalam dunia, kemanisan hidup boleh dicari. perkataan ini telah memboostkan soalan soalan dari mulut cipan cipan lain. dan bagaimana, your highness?

seteslah menhkaji bertahun tahun, aku mendapati di atas muka bumi terdapat banyak spesies spesies kejahatan.

golongan zomba lalu berperasaan menjiwai watak dengan berfikir dengan ketelitian conan. akukah ?

bukan, mereka adalah spesies yang boleh dimasukkan di dalam perut.

(dengan ini saya mengumumkan mata mata mereka mula memberi cahaya keimanan terhadap daging daging merah bersalut keemasan)



sabar kalian, jangan dikaburi ketamakan. mereka ini akan meberi kemanisan dalam hidup, kemanisan pada lidah. juga kemanisan dalam berpenyakit.

nikmatilah hidup kemanisan berdiabetis, sayang sayang zomba sekalian.


ketua zomba mengucapkan salam dismissal dengan menyambut mesra kek batik, air jagung, air asam boi, roti john dan buah kedondong.

"ingat, badan adalah kilang gula" - John Lennon Tipu.

addua.

atas nama kerinduan, aku seru roh bangunan tua, bangkitlah!
wahai bangunan tua, ingat lah aku. aku si orang yang duduki ruang sempit itu.
dulu saya selalu duduk di atas tangga, melihat hujan turun dengan jayanya. hujan satu kreatur yang hebat tahu, turunnya dari petanda langit yang sedih lalu awan pun menangis dan menyentuh isi bumi, segala isi alam. seperti kisah awan dan langit mahu dikongsi dengan bumi. hebatkan, kimia yang saling menerima. 

dan selalu saya menyimpan kenangan hujan menyentuh bahu , rambut , hidung, dan seluruh indera saya, menjadikan hujan itu sebahagian saya. malangnya hanya itu memori saya , tentang kejadian tuhan ini. saya terus lupa, tentang cerita di balik hujan, tentang cerita selepas hujan, apakah ? kotak memori saya terlalu lusuh, terkoyak malah dicarik camping, seperti dirogol sejenis trauma. mengapakah ?


tadi saya melihat dari atas , dari jentera tren, tentang padang, dan tentang bangunan tua, serta hujan ? cerita hujan adalah kisah yang kabur, sedih kan. sepertinya kotak memori saya dikuasai satu pendinding yang memantulkan kembali cubaan mengimbas. saya sudah hilang ingatan. mengenai masa lalu saya, lupakan. saya tahu saya punyai cerita lepas yang hebat. malah bangga saya katakan. saya ingin memeluk kuat , jangan ia lari tapi sungguh sedih sekarang dia sudah kabur jauh. lupakan tentang masa yang marathon dengan jayanya. merajuk.

tetap saya pada masa kini. dan tadi saya melihat hujan bunga di kuala lumpur. berdiri di tengah jutaan jiwa yang berkeliaran, saya pejamkan mata dengan mata terbuka. maksud  saya, saya pejamkan fokus pada perkara yang tidak perlu, dan melihat dua orang anak kecil menemani walidnya yang buta , menganyam bakul di atas tikar mengkuang buruk. dan saya celikkan hati untuk hujan bunga dari pokok yang memayungi mereka.

senyum.

dulu saya selalu berharap hujan itu jatuh untuk setiap hari yang ada di dunia. juga harapkan salji di bumi malaysia. kini saya mohon, turunkan hujan bahagia dari langit dan tanah untuk mereka yang ada di atas tikar mengkuang buruk itu, sentuh mereka dibibir lalu timbulkan senyum. tolonglah, tuhan. 

dan saya melihat, si penerobos awan seperti sang sartorialis , yang menjahit keindahan dengan pencapaian.bersama dengan dua sumber berbeza, mengalami dua persepsi, juga pergi kepada dua sisi pengalaman. sesungguhnya langkah di dunia adalah besar, disambung untuk perjalanan selepas dunia dengan rasa terkumpul. di sini saya melihat si orang bertugas itu mencerakinkan dua dunia, tapi masih, memberi laku gestures yang meragukan. seperti memijak awan ?
matahari masih di atas, berjalan hindari basis, dan hei orang.
pijak lah awan seperti memijak lantai halimunan di sorga, dengan nikmat sungai arak di bawahnya.
untuk satu perjalanan jauh. aku mencari syurga. mana dia , mana dia ? dan selalu aku terjelepok, kalah pada bumi yang kaki ini sedang pijak. banyak mata. cuma masing masing cacat, tidak punya tangan meski hati untuk sekelumit rasa belas, walau sedikit, malang. saya lihat satu revolusi di mana manusia sedang saling tidak mengendahkan, malah meletak cermin hanya untuk diri sendiri. cermin yang tidak punya pantulan kepada sekeliling. dua mata yang tidak mahu dikongsi. dua tangan yang tidak mahu diberi, dua kaki yang disembunyi. sepertinya harta sendiri dilacurkan untuk pelacur iaitu diri ? heh. lihatlah belakang untuk sekali, dan ajukan langkah ke belakang berkali kali. setiap langkah adalah maruah.
:trust is like an eraser. it gets smaller and smaller after every mistake:

tergolek ke tepi jalan. insomnia. langsung lupa. kiri ke kanan ?
05 August at 11:50 ·
status facebook.
kalau takut. lawan ketakutan itu. -iorick
Estetika (Aesthetic) adalah salah satu cabang filsafat. Secara sederhana, estetika adalah ilmu yang membahas keindahan, bagaimana ia bisa terbentuk, dan bagaimana seseorang bisa merasakannya-Ljón
dan manusia yang leka itu adalah jasad yang meninggalkan roh di depan untuk berlari ke belakang.
tahun ini kebaya merah.
merah itu kuasa
kuasa merah itu kegilaan.
dan misterius yang fikir apa dalam lapis otaknya ? yang mencari sisi halimunan juga ? hem. dan si pelihat dari bumi menonton , dan meludah dari langit. dan sebenarnya kau cuma melihat kebiasaan. dan dan, jangan percaya.

mana kau

dulu hujan selalu turun.

masa yang beku ini telah tunjuk,
rekah itu telah jatuhkan apa apa yang ada.

"Do not dwell in the past, do not dream of the future,
 concentrate the mind on the present moment."Anonymous



dan hari ini awan mimpi melarikkan cerita cerita lama. 

dan aku lihat timbul pigmen pigmen kesedihan, dan rindu itu sememangnya datang dengan sendiri.

cuma apa yang terpatri dalam mimpi, seperti satu kehilangan, aku dan mereka terpisah oleh sempadan masa

ada atmosfera flashback bila, teringat impian impian masa kecil, impian kecil yang besar untuk kanak kanak perempuan umur tahap sekolah rendah. dan juga impian untuk hidup pada masa sedang dia berada sekarang(yang maksudnya dulu) . dan dan dia kini (sekarang) terkesima, sedang, bila fikir kembali, masa masa itu adalah yang dirindui.


masa hujan menyembah bumi. dan kanak kanak perempuan itu sedang melihat alam.
masa bau dunia merebak menyusup masuk deria dia. dan dia sedang mengejar rerama.
dan teman teman yang di sisi.

sesungguhnya definisi kerinduan kepada zaman kanak kanak adalah berbeda dengan kerinduan kepada apa yang telah kita terlepas.
satu hari di sini (sekarang) mengenang beribu hari di sana(dulu).


dan aku melihat sejarah sebagai sesuatu yang untuk ditangisi kerana kita telah melepaskan dia dengan terpaksa atas arahan masa. dan waktu itu kejam !

dan sejarah itu adalah sesuatu yang kita terlepas untuk kita hidupkan.


methodist girls school.brickfield.



ada pun kisah si pembaca komik dan si pendengar mp3 di dalam sebuah jentera tren.


suasana tercipta sepi. mudah untuk bayangkan.


gerakkan sedikit getar. A
lukiskan sedikit ruang. B



adapun kisah ini cuma antara mereka.
jangan ada anarki anarki penghasut jiwa di sisi jalan sekali pun.

AKU HANYA SEORANG PEMBAWA JASAD

YANG BERJALAN DENGAN DITOLAK MASA



                          ​                          ​                          ​        FER,

dan tersebut satu kisah di mana seorang pedagang kelihatan , tercamping dalam lusuhnya baju . rabak, bagai dihiris pilu hatinya. dan di bahunya, seikat beras, untuk perjalanan jauh sepurnama lebih.

di mana layarku ?




kisah kapal yang tenggelam yang dicari tukang tuju.


cont.



my name is fer

apa kesayangan kau ?
stimulasi singgah di halte belah kanan. berehat.
saraf pun punya wakaf kamu tahu.

untuk setiap pertanyaan, 
aku selalu jeda.
untuk fikir.apa aku pasti ?


dan monolog selalu ambil tempat di cerebrum.
fikir dan fikir agaiun dan lagi,
aku tanya pada diri sendiri.



apa kesayangan aku?

bertahun aku biar tergantung,

dan hari ini masa lalu yang menjawab,


"the one and only, the missing plain black book"

THE EYES BY MADAMOISELLE EXPERIENCA
dan
sampai masanya
kau akan jadi tanah.


pernah rasa pasir ?
rasa dari jiwa, saudara.
pegang dengan hati.
cium dengan rasa.
senggama dengan penghayatan.


dan sifat pasir itu,
mulus
tapi kasar.

dan lagi, saudara,
efek pasir itu,
layak prahara untuk kita,

dan saudara,

kelak satu hari nanti kau jadi tanah,


jadilah tanah yang dipijak orang,
you make me awake.
cerita malam lagi.


malam itu mimpi. dan aku hidup dalam mimpi. mimpi itu indah. dan aku hidup dalam keindahan.

dan keindahan yang jelmanya cuma pada waktu malam.


dari tepi tingkap menghadap sawah hijau. dan kopi davidoff panas, sini aku rasa , hangat.



sedang ku rasa seperti Lencois Maranhenses, yang cantik kerana susur Preguicas. *senyum
lihat. ada satu ruang terkaptur. perfek, indah bagai satu kebutaan untuk kau yang melihat.

lihatlah dengan hati.  Pun salah.
kaifa ?
Ahh. mungkin kau patut duduk melopong. Senyap. Tutup mulut.
Tapi benak aku sedang jerit .


maaf, aku cuma Dalit yang bermain sita di kaki lima.









Long live the rose that grew from concrete 
when no one else ever cared-Tupac.

dehydrated.
tolong papah aku.
kau bilang ya aku kuat kau rapuh
dan kau senyum tapi

telanjang ?

dan kau bangga .

tapi aku yang termalu.

maka aku berpaling, 27 degrees saja. ( takmahu lebih, aku masih punya pegangan)
dan kau masih dibelakang.
masih   bogel.

*tutup mata sang pemerhati. nanti kau turut sama mahu malukan aku.

aku ingat kau  my guardian angel

tapi nyata kau  lagi suka bau sampah ya,
(aduh rupa nya kamu pengemis ya, kasihan)


=.=

berukband makin lambat. fb tak dapat bukak, belog pun lambat, nak search pape pun tak dapat. assignment tak dapat buat. APE PUN TAK BOLEH!
kenape tak boleh add image haa ?
Frank Swettenham bilang,perihal orang melayu,"Tetapi yang penting sekali dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resam, takut kepada raja dan menghormati pihak berkuasa"

carta ERA

'Saya rasa kita serasi kerana saya metalhead dan awak dengar asli dan keroncong, cuba bayangkan betapa bosannya hidup kita kalau kita sama-sama dengar Yuna.' ~ zain rusdi dalam Bohemian II: Anak Alam.

Tapi kalau roh saloma dan skillet dalam saya,awak ?

.

hujan turun dari kerak matahari. selamat 1:54 tengahari, roh roh sekalian!

.

"Each and every person has experiences. They may be great or small, deep or high, boring or exciting. But for me, the amazing thing always is 'experience' itself. Their value is subjective, and they depend very much on the person who's judging them."
::: The Mute's Soliloquy (Page 282)
credits to Ayour.


berak itu sedap. yekss.

.


"Your leaders will now understand: Decepticons will never leave your planet alone, and we needed them to believe we had gone. For today, in the name of freedom, we take the battle to them!"
::: Optimus Prime

2.43pm hari ini.
saya rasa ada jajahan di celah medulla oblongata. tak pun cerebrum layer saya dihuni alien alien sesat. yang menyekat neuron neuron saya dari menjalankan fungsi. oh bukan semua, ada satu jalan neuron yang masih punya stimulasi ke phalanges yang maha rajin. Tapi tahu, phalanges saya diprogramkan untuk menekan papan kekunci, bukan menelaah untuk exam malam ni -..-


subjek Econs For Architecture memang tak masuk dalam empire otak.
Tuhan, tolonglah.

mari belajar, errr apa apa ?

to remain clean is to remain civilised.
ada bau politik ? tak. ini bau hidup. tentang attitude. seorang anak kecil bilang, "Kenapa orang gila itu mak?" Seorang pemain gitar tepi jalan suarakan soulja dari hati, " dan aku di jalanan tercamping dengan nista oleh yang juga si jalanan yang berjalan kaki.."

Awan bermata halimunan lihat dari atas yang tak berapa atas itu, terlalu banyak retina mata yang terlapis oleh kebutaan, atau mereka memang buta dari dalam ?

*bau hidup lagi.

Bau asap monoksida. Cuba jilat. Jilat dengan hidung okay, bukan dengan lidah , nanti terbakar, bagaimana nanti mahu melontar kalam? Hidung mati tak apa, biar jiwa hati otak kau mati juga. Nanti mahu aku debukan kematian anggota tak berguna bersama asap asap bertoksik.

Hidung tidak ada bagaimana mahu menghirup hidup?

suara yang terbenam,.


immerse your soul in love.

jiwa mana yang kau mahu ? yang gelap yang hitam inikah ? yang berantakan di celahan lorong gelap lagi sempit . inilah si silent screamer. si pemekik bisu.

sadap lu, gua tak hadap!



*actually gua nak taruk bideo tapi tak reti haha. takpe takpe lu carik saja lagu ni , RADIOHEAD:STREETSPIRIT[FADEOUT]

.

jalan terus yuk.
jalan sampai taktahu mana arah.
kemudian terpinga pinga sedap.

dan inilah ruang.hidup ini memang ber ruang.

bayangkan satu ruang.
kita berjalan dalam satu ruang berudara, dan tiba tiba,
kita tercampak dalam satu koyakan ruang tervakum tanpa udara.

kebun mimpi

aku mimpi di siang hari. sebab malam tengahari petang malam, masa masa untuk berangan.Jadi, pada waktu apakah aku meletakkan diri aku di alam nyata, wahai jiwa ?

kau binatang tercomel

kau itu macam basilisk, yang bunuh aku dengan tusukan kata kau.


tapi sayang, nafasmu tak tersedut oleh aku. nafasmu hilang arah dalam kabus tebal maya !

jisim

Lidah itu satu. Saraf itu banyak. Mana satu anak-anak guna ?

.

sejarah mengajar tentang darah ?


Ahli sejarawan patut menganalogikan kejadian sejarah seperti ini:

darah dan tanah terkumpul membentuk sejarah.
ringkas mungkin, tetapi apa ada dalam darah ? apa ada dalam tanah ?
ciptaan Tuhan itu kompleks. Buku teks Biologi mahupun Kimia setebal manapun masih belum cukup menjelaskan segala.



wake up wake up alminda walfizikaliyah oke ini sesat.

sedar aku terlalu jauh tercandu pada dunia sebelah lainnya.

.


Napoleon pernah cakap , jangan kacau musuh kau bilamana dia sedang berbuat salah.

Nabi Muhammad pesan, tegurlah sahabatmu bilamana sedang dia khilaf.