Bercumbu dengan mereka.

Keghairahan adalah satu perkara mahal yang  dijual dalam pasaran terhad. Di sini, kita melihat satu prospek dalam menggilai sesuatu, sifat entusias itu sangat payah untuk ditimbulkan. Mengapa? KIta hilang penghayatan dalam menilai sesuatu.


Satu perkara, yang dulu aku amalkan, adalah bercumbu dengan buku. Bagi aku, aktiviti ini punya nikmat tersendiri. Apa rasa mencumbui buku dengan ghairah, seperti aku dalam imaginasi aku sendiri. Dan menurut imaginasi, melalui jalan itu, mereka tidak pernah membuat aku rasa malu dan terhina tahap sedalam kerak bumi kerana membayangkan dan memahami mereka.Melalu pembacaan secara ghairah, mereka mengajari aku bagaimana untuk mendekati mereka, bercumbu dengan baik dan benar, dan nikmat tak tercapai dengan hanya mengkhayalkan imej percumbuan. Tidak lupa, mereka membuat aku faham cara berenang dengan pantas dalam lautan ilmu mereka, buat aku lebih faham, bahawa ada pola pola yang perlu aku terokai dahulu.



Dalam satu pengkhayalan, pernah, aku mendoakan bahawa aku secara magis bersekedudukan dengan pengetahuan mereka, menari dalam pawana yang  diwujudkan, dan tenggelam dalam kesaktian nikmat keghairahan.



Ini cerita berjuta tahun dahulu. Betapa aku kini yang berumur berjuta tahun selepas cerita di atas, untuk kembali ke masa berjuta tahun sebelum masa ini.

7 komen:

Anonymous said...

peh peh peh peh!

Anonymous said...

immaculately innocent

penjajah minda said...

berjuta rasanya
tenggelam dalam ghairah
mengenal ilmu nyata
rasa dulu belum singgah

hanaahmad said...

sebab itu untuk aku, jika ingin menghadam buku aku perlukan satu masa privasi dan tenang. baru nikmat tu terkesan di hati.

ghost said...

dulu dan sampai sekarang masih beromen dengan buku.

best bukan..

Miwa Badrul said...

Your words are verysuperb.. Like it

ewanthology said...

bercumbu dengan waktu