peperangan sunyi

Katup mata rapat rapat. Di situ cuma keindahan. Kegelapan yang menayangkan perlawanan sengit batin dan jiwa, bersengkarut tak keruan, berbelit dan menghimpit dada manusia.  Partikel yang menujah dinding secara sadis, berlawan secara sunyi lalu mewujudkan dua kutub berlawan arah, namun tak pernah berhenti dari terus berlawan. Yang satu menggoda pada jenuh kejatuhan, sedang lagi satu memaksa untuk berfikir tentang kebangkitan, yang cuba menemukan kembali keinginan terdalam. Puas aku menggali untuk penetrasi seliat kemunduran keghairahan. Dan untuk jam yang infiniti, aku menemukan jawapan yang kembali pada diri.

        Know thyself.


Jati diri sebenarnya besar, tak sekecil kau kira. wujud ia dalam limit perbatasan. cuma ada namun tak berwakil. Aku cuba apungkannya, dia terbang menemui Pencipta. Baru aku sedar, sebenarnya ia perlu hadir di sana. di sana.



Kita perlukan sandaran, dan tulang belakang kita tertinggal sebenarnya. Pasang kembali untuk afirmasi hubungan dengan Tuhan.  Dua jalan, yang satunya adalah jalan damai untuk kembali , dan satu lagi jalan jatuh untuk menjadi terasing , terpisah. dan simpul simpul mati yang tak sempat mengaut akar dasar di mana ia sepatutnya ada. Terma kehadiran untuk setiap apa yang wujud, lau munculkan. Abaikan pandangan kasar, meski kau orang gasar.






peperangan sunyi , yang mencari menangnya keinginan sepi.

8 komen:

Anonymous said...

kau kena hantar penulisan ni kat ZSM. ._.

penjajah minda said...

orang gasar.seperti orang-orang disini.juga disana.entah-lah

Penjiwa Jalanan said...

hantar ikut kau eh luc.

Anonymous said...

perang yang lagi satu,

Anonymous said...

boleh jugaklah,

ghost said...

aku rasa kau sendiri dah temui jati diri.


*aku sokong cadangan Luc.

hanaahmad said...

dan antara dua itu, kau sudah ketemu apa yang kau mahu.

morsmode said...

peh peh

beautyyy