anda bilang anda mengenali saya? heh. hidup itu carut hidup itu celaka. kalau bisa ketemu yang baik baik itu adalah satu anugerah teristimewa untuk saya. Manusia sangat cliche walau dicanang variasi. Dogma dude, dogma. Kau lihat, kau tamsil, maka kau fikir sudah taaruf? Mata manusia cuma melihat yang mudah, tangan yang membikin sukar. Mengapa tidal gunakan fungsi cerebellum , medulla segala bagai untuk memikir yang jauh? Jangan kata sarafmu terlalu panjang hingga berselirat, tersimpul mati maka pemikiranmu juga dikhabar mati? Aku bukannya penyalin manuskrip Bible yang kemudian menyeleweng kisah hidup sendiri. Maka aku, yang mematikan diri di Laut Merah, tunggu masa ia beralun berombak masihkah aku statik, aku fikir kiranya aku cuma memandang langit dan melebarkan diameter bukaan mulut, menanti kerpasan hujan turun memurungkan bumi. Tapi ini kesukaan aku. sinema favoritas. Dan bila malam, aku beralih tempat , mendapati diri saya di atas hampar rumput sambil menala pandangan ke bulan. John Heywood membuat persepsi silap mengatakan bulan itu cheese. Bagi diri saya, boleh juga kalau mata mampu menjilat kesedapan cheese tersebut.Kerna bila malam, saya lapar. Saya bukan catwoman . Lapar saya hanya memerlukan saya menala langit gelap sambil berimaginasi seperti method Lady Gaga membayangkan meminum kopi tanpa sebarang aksi fizikal yang sebenar. Dan pabila selepas subuh melabuhkan zatnya, saya jadi lupa. Benar saya seperti amnesia untuk mengenali, siapa saya. Iyalah sahih bicara kau. Saya melupai saat semalam dan melangsungkan hari ini cuma dengan ditujal satu tekanan, yang saya cuma mampu relakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 komen:
hahaha..ko niee antoo cite indon yaa:D
peh. nice lah ayat kau
aku setuju ngan Luc.aku macam tak percaya kalau kau begitu bagus sekali bermain dengan ayat-ayat cenggini.fantastic!
korang dah kenape. perli -..-
*luc dah lame tak tego aku, ni rse nak nangis ni T T
kau ada nampak kami perli ker?
aku sendiri tak dapat nak menulis sebagus ini.
*jenis tak reti menerima pujian, thanks :)
ohsemmmmmmm *lompat-lompat*
seperti kamus yang tidak tersusun :)
ohsem dude :D
setuju dengan semua di atas. ayat kau mendatangkan keghairahan untuk membaca.
terimas
pening. banyak sangat kosa kata sampai tak paham :D
nak kata ayat kau! pehh.
gila rabak ,mata gua bca mndealah ni :3
aku amik entri ni k?
Post a Comment