mungkin dulu kau temui aku dalam lingkup cahaya dari kerajaan misteri
dan kini kau berdiri di pintu masuk sebuah mimpi.
dari fantasi mu di dunia sana, kau lihat, ah kau cuma berimaginasi tentang pulau terapung itu.
ya aku kagumi semangat mu yang menziarahi setiap jantung yang hidup lalu kau tikam dengan kalimah,
cuma kali ini.
aku mohon.
dunia aku adalah habitat bayang bayang hitam yang kehilangan roh.
sadis adalah sifat yang dibela belai dan pada waktu yang silap,
kami akan menjilat rakus debu dunia yang sesat melanggar sempadan kami.
trauma mengasari aku , buat aku jadi takut sendiri kalau kalau, jiwa
yang terbang sendiri ini bersenggama secara halus dengan debu yang kau bawa.
jadi aku merayu,
untuk kau di muka pintu.
7 komen:
mimpi semua ni
anis menunggu edward cullen
kau ni, bercinta ja kerja
fami : hahha edward XD
luc : cinte keee. bukan oh. takde kene mngena. oh tolonglahh -..-
trauma tapi suka.
mahu tapi malu ye ghost? ekekee
is like.... menggigit perasaan aku, kau tahu?
Post a Comment