apa cerita meng-aduh sedih , gelakkan saja lah derita itu semua !

- pak abu , 78tahun . 
ke mana saya pergi?
Ada sa-orang yang selekeh di PerkuburanNavotas , membunyikan gitarnya untuk suatu malam yang, separa gelabah .



Menurut Samira , dia cuma bercerita tentang tubuh, dalam keseluruhannya, kehayatannya.Dia mengudarakan suara suara sengau, yang kadang kadang terselit 'wilayah ini bukan wilayah yang menjadi, malah memulai.' Samira selalu ada di situ, duduk mencangkung dan bila terlalu penat, dia baring saja di situ, biarpun tanah sedang berselimutkan buangan-buangan dari kota.Dan Samira menghabiskan petangnya,mendengar falsampah-falsampah dari orang tua itu .


Kita ini berangkat dari kehinaan . Kota kota besar terlalu dihantui dongeng . Sementara wilayah wilayah kecil, seakan tenggelam .Kita ini, rela hidup bercompang camping. Kita ini, terlalu memandang ironi. Sedar atau tidak, semua ini menjadikan kami -kami, separuhwarga belaka.

Sudahlah.Kami ini cuma Samira dan Orang tua Yang Selekeh .
1)
Pesta sudah selesai.
Jadikan aku selembar kain basahan untuk membersihkan meja perjamuanmu.



2)
Usai duka melewat,kau tertawa dan berkata, hidup ini penuh lelucon !


"apa khabar" adalah suatu soalan yang tidak aku pasti jawapannya . Sama ada mereka menuntut perkhabaran dari segi fizikal, atau mental, ataupun aku perlu menjawab "baik saja" seperti kelaziman yang mereka mereka yang lain berikan. Mungkin aku perlu jawab " macam biasa.." dengan harapan mereka tahu 'macam biasa' aku ini yang bagaimana. Tidakpun, aku bikin jawapan ini  " Oh tidak baik, aku begitu sakit" dan kemudian mereka menanyakan lagi "sakit yang bagaimana" atau " selesai ke rumah sakit?" dan dari cara cara mereka aku mentamsilkan mereka begitu prihatin , dan dari lagak mereka jua mereka seperti sudah menyediakan solusi untuk sakitku ini. 

Jadi aku harus bagaimana? "apa khabar" adalah suatu soal yang sukar untuk seorang yang tidak tahu keadaan dirinya sendiri . 
"Ke mana sepi pergi ? Ke kuburan yang tidak hingar . Anak Ghazi pernah mengungkapkan ini kepada aku , sepi itu indah , tapi dalam senyap, dia membunuh tanpa prejudis " dan aku seperti keasingan, dan dia berbisik sekali lagi, "kamu harus berterima kasih kepada dia yang membunuh itu , " dan aku seperti keasingan lagi . Kemudian pada suatu malam yang sepi , aku seperti mengerti apa itu sepi . Dan secara sepi , aku seperti faham mengapa sepi . Tapi aku seperti keterasingan juga , kerana aku belum menemui, siapa sepi "


Coming Soon Circa September


Ada sebuah jalan , yang dibawahnya api dan duri . Dan kamu bersungguh sungguh menguatkan diri agar tidak jatuh ke bawah . Dan jalan itu namanya, taqwa .

Battle, 2012

Battle , 2012
Acrylic on canvas
21cm X 21 cm

Pada suatu waktu di ketiak malam , Helios menanyakan soalan kepada Augustus .Temannya ketika itu sedang menulis surat , lalu dihulung-gulung, dan diselitkan di celah kaki merpati .

" Pernah punya pengalaman , berjalan dalam hidup tanpa sesuatu di atas kamu ? " 
Augustus cuma tersengih . kemudian menyambung menulis di atas kertas yang lain .

" Pernah punya perasaan, bila kosong itu milik kamu sep
enuhnya ? " Helios tidak puas hati . Dia kemudian mendekat , mengambil tempat di hadapan sahabatnya . Augustus kemudian menyalakan lilin . 

"Api adalah falsafah kerinduan . Api hadir dalam rasa sunyi, ketika malam di mana aku sedang mencicip surat di celahan kaki burung . Pernah fikir ke mana nyala api setelah padam ? Ke mana buih setelah ombak ? Ke mana nyawa setelah nafas ? Sahabatku , Helios , kita tidak memiliki sesiapa, apa apa , tapi kita dimiliki sesuatu dan segala macam perkara . "

Augustus menamatkan isi surat dengan ucapan bonne nuit . Memandang Helios dengan serius .

"Merpati adalah hewan yang tidak ragu ragu dalam soal peranan hidupnya di muka bumi . Ketika perang, ia mengharungi jutaan mayat yang bergelimpangan sepanjang perjalanannya . Tidak berhenti untuk menangisi perkara perkara buruk yang terjadi . "

helios memperbetulkan duduknya . "Merpati dan api menyampaikan kerinduan" , sambung Augustus lalu beredar meninggalkan kamar tersebut .

helios memandang ke arah meja. Berus dakwat masih basah dan dibiarkan bersebelahan secebis kertas . Ada tulisan yang sengaja dibiarkan untuk dibaca.

'Aku rindu untuk dikenali' - Tuhan .

Reverberation

Despair is a narcotic . It lulls the mind into indifference .

Pada hari yang kau bilang , kalau ,
Dari setiap perkataan berkalau itu ,
aku pahatkan impian ,
dalam jiwa yang lebih besar kuasanya daripada kalau yang kau sebutkan .
dalam banyak banyak perkara yang mati , ada sekecil kuman yang akan hidup , untuk mengingatkan perkara yang masih hidup, perihal perkara yang sudah mati .
A rig full of Caucasian
yet sturdy 
Like a gallant cougar
In the midst of 
rainfall
 
 
2012.

Rabbit

Bukan lupa tetapi ucapan di hari lahir terlalu mainstream . hehehe .


Itu tak merubah apa apa kecuali fakta , yang umur makin meningkat !


Oh dan untuk si ameliorer yang berlesung pipit comel gila dan gila dan gila gila ini,


senah helwah, sister .





Menangis itu tak merubah apa apa kecuali fakta, yang kejadian itu sudah berlalu.

Boleh berdrama tetapi tidak boleh melawan karma . Boleh meratap tetapi tidak boleh menghalang .

Yang lepas akan berlepas, yang datang akan mendarat .

Sapu air mata , dan bersedia .

Dependence

Dependence


21cm x 21cm, canvas
Mix media







sembilan belas tahun dan masih kekurangan segala perkara . adakah aku dikategorikan sebagai tidak bersyukur ?
kamu tanpa Tuhan, adalah orang yang kasihan .

zine hikayat sang gajah putih oleh sang gajah putih

hello. permintaan dari seorang rakan untuk mereview zine penulisannya, walaupun beliau dan saya sendiri tahu yang saya lansung tak pandai nak bagi komen atau menjelaskan sesuatu, itu bukan bidang saya dan apa yang saya bakal taip tak mendatangkan apa apa, tapi saya cuba juga baca sampai habis dan maaf, saya kurang penghayatan kerana tergangu dengan bencana alam yang dahsyat dan oleh itu, maaf awal awal.



#Cendera Sri Putri

Bercakap tentang sesuatu yang datang cuma sekali, pasti itu sesuatu yang berharga yang tak disebut sebut lagi setelah melakukanya buat pertama kali. pada pendapat saya, ia pasti lebih berharga kalau dilakukan berkali kali , kalau niatnya sepenuh hati. Keberanian pun bukan cuma sekali, kawan .


#Pulau Tunggal

Mungkin Abu berfikiran kita tak perlukan seorang solo yang hanya sibuk memberi arahan diktatik . Pemerintah di sini cuma mementingkan matlamat memenuhkan manifestasi yang direka untuk memanfaatkan segelintir pihak, bukan keseluruhan . Nak puaskan manusia, korbankan alam, dan vice versa. Dan ada bercerita tentang method yang pelbagai untuk mencapai matlamat . Marxism ? heh.
mungkin pulau tunggal itu perlukan CityHunter . hurm.

#Hilang

Tentang perkara ini, ada satu soalan yang saya sendiri fikirkan dan berada dalam dilema. Buat apa yang masyarakat mahukan atau yang kita nak? Setiap soalan itu pula datang dengan pros dan cons.Bila awok tersekat tengah tengah dan taktahu nak buat apa awok pun ikut flow saja. Tapi,perasaan  paranoid itu selalu ada kan.


# Bumi ini luas
 Tapi ceq tak sampai Maldives lagi -..-

#Sajak si babi tunggal

Walaupun islam haramkan babi,tuhan sendiri yang ciptakan babi. Nampak permainan ni?


#I will

The persona,is finally totally submitted to destruction.


#Jangan

di mana ada orang tertindas, di situ ada orang yang menindas


# A year and half ago

 Masa itu halte, mungkin kamu perlu singgah , duduk, berfikir , dan lakukan sesuatu, sebelum Ueki tukarkan halte itu kepada cheetah, atau kamu nak tunggu Anon makan kamu?


#1
nice one !

#22

chauvinist. hik.



Sekian trimas.





kau, tahu?

"kau tau, aku lonely. bila aku smoke, aku seperti sedang bercakap dengan asap nikotina yang bercempera ke sana sini. Kadang menjadi naga, kadang menjadi tulisan i love you. Banyak. dan jiwa aku terbang bersama itu."abdullah sam.


Kau tahu, kau keseorangan yang buta. Apa maksudkau, mengatur kehidupan forever alone dengan asap rokok dan bau melupakan dunia ? Apa yang kau nampak dengan tulisan i love you atas kepulan asap yang berebut rebut memcari ruang dalam udara? Ia cuma tulisan dan ia cuma asap tanpa kandungan maksud perkataan pun. Jadi kau cuma menyedut dan menghembus kembali nyawa yang dipertaruh dengan beribu racun.


Apa kau tahu tentang dunia forever alone atas jalan tar yang berkaca? yang dipasak iman semudah jatuhnya lego satu persatu . apa kau tahu tentang dunia ilusi dilayarkan atas kepulan rokok yang pada satu masa. hilang . keindahan temporari saja. 


Kenapa kau tak nampak keindahan dan nikmat  sebenar di balik kepulan nikotina yang menghamba abdikan kepada kedajalan? jadi persoalannya kenapa.
dosa, kalau dilazimkan, lama lama menjadi darah.

foundation sudah berakhir dan sekarang sedang tidak sibuk sementara menunggu bulan 9 untuk degree . berfikir untuk membuat perkara perkara besar dan aku perlukan idea. aku sudi bekerjasama untuk idea idea besar dari kalian :)
kring kring !

'hello.'

'hello . Saya mencari kepastian, dengan membangun kemungkinan dengan mu.'

'Bagaimana kamu begitu pasti aku orangnya?'

'Kerana sebelumnya aku ragu.'

'Bagaimana pendapat kamu boleh berubah dengan cepat?' 


"Hidup ini suatu proses. dan, aku bisa aja berubah pendapat'

'Apa yang kamu mau dari aku?'

'Aku mahu kamu di Lelei'


'Apa?'


"Aku mahu kamu ada di Lelei !


'Untuk apa?'


'Aku mahu tunjuk rahsiaku'


'Rahsia apa? Cuba kamu cerita. aku cuba bayangkan'

'Apa kamu bisa bayangkan,  sesuatu yang ketika aku melepas tubuh, fikiran dan perasaan?'

'Err..'

"sekali lagi, cuba kamu tebak. Ketika aku melepas tubuh , fikiran, dan perasaan, siapakah aku?






'.....'

'Kamu boleh ambil masa untuk berfikir siapakah aku dalam cerita ini. Tapi dalam punya masa itu, aku sedang di Lelei, berjalan bawah bintang, dan keseorangan. Dan dalam masa itu, bintang bintang mungkin reput , dan jatuh ke Bumi. Dan aku masih di Lelei, menunggu bintang bintang menjemputmu dari Malaysia. Selamat. '





 

mengisi masa lapang yang tak lapang lansung sebenarnya. berapakah harga sebuah pengalaman ?
mungkin sekecil sakit bengkak kaki panjat pagar ? eh .
carilah saya punya . hihi.

Matahari Yang Cair

semenjak kita belajar bagaimana memanjat tangga di dalam rumah, kedua belah mata kita mula menjajah seisi rumah. mengenal tiang, lantai, dan loteng . memegang tekstur tiang, lantai dan loteng . kemudian mengetahui fungsi tiang, lantai dan loteng .

usai kamu tahu apa guna pancaindera kamu. kamu menguasai ruang . dan kamu ketahui ruang yang sedikit itu tidak cukup untuk mengenali dunia.

kemudian kamu belajar menuruni tangga. kamu tahu hidup kamu berteraskan kehidupan dan keputusan. apa yang kamu buat adalah apa yang kamu putuskan. dan apa yang kamu putuskan adalah apa yang kamu percaya dan berpegang kuat padanya. kerana kamu tahu, bila kepercayaan kamu longgar, perjalanan kamu selepas tangga terakhir adalah semakin payah dan berisiko mati separuh jalan . mungkin tidak sampai separuh pun. mungkin juga kegagalan perjalanan kamu tidak meninggalkan kesan lansung kepada apa apa atau siapa siapa.
sia sia dan buang masa.

jadi, kamu yang ingin menguasai ruang, menjelajah perjalanan, mereka eksplorasi. Percaya.

hiatus

malas dan bertangguh adalah dua jenama kejilakaan. siput babi pun berevolusi menjadi cheetah  . kau ? manusia pemalas yang menjadi semakin malas . 



hm.

Hello tuan, hell o !

Hello Tuan,
ketua Menteri Bahagian A dan Ketua Menteri Bahagian B telah melihat sesuatu di dalam Cermin Ajaib.  Satu figura yang meragukan, dan maaf, menakutkan kami berada di dalam bayangan cermin tersebut, pada suatu hari di mana burung burung gagak hitam tersengguk sengguk di udara .

Maaf kami terlanjur menggelar tuan sebegini rupa. Kami melihat seorang Genghis Khan dalam diri tuan.


Tuan,

Ini bukan Emporium Monggol untuk dicelakakan oleh aturan Yassa. Bagaimana sakti pun sebahagian sifat Genghis Khan. di bawah perlembagaan tersirat penipuan.

Tuan tersengih, kenapa?
Adakah nama Genghis Khan  memerangkap tuan dalam imaginasi pemerintahan giga mega ? Mata tuan makin galak melayarkan khayalan kebejatan , juga strategi penaklukan memenangkan ego.


Berbicara tentang kualiti dan kuantiti dalam Bajet Tahunan yang tuan bentangkan sendiri pada tahun lepas, rakan kami Menteri Kewangan tertarik dengan bilangan kepala yang dipenggal setiap hari untuk menjayakan rancangan Tuan.

Oh tapi tidak mengapa, ramai orang orang tuan sendiri merasa bahagia dengan aturan Yassa yang memberlakukan sistem ganjaran dan proporsional dimana segala bentuk pembahagian secara jaya dan laksana. Mereka tersengih kambing tuan lagi terjerit babi. hikhok.


Semalam tuan sibuk memilih parfum berjenama dan kualitas setanding kayangan, tapi adakah tuan tahu, di bawah sana, rakyat sedang membusuk dan bernanah? Tuan tahu, di sini, ada dua lapis bau yang berbeza yang membezakan dihidu oleh dua lubang hidung yang berbeza?


Mungkin beberapa saat selepas ini waran dikeluarkan dan A Samad Said dipenggal kepalanya lalu digantung di tengah pentas, yang di mana lampu dewan digelapkan kecuali laser merah yang ditala ke leher beliau, jadi hiburan mata tuan sambil dayang dayang birah binawe berkemban menyuapkan  anggur hijau ke dalam mulut tuan.


Tuan, tuan sumbat telinga dalam earphone ? k .
Ini kotaraya sering berkata
kalau berani mari cuba saya
akulah datum akulah pewakil
dahului masa sebelum cahaya  itu sendiri !


Ini pencakar langit yang sering menjerit
memacu memudi kononnya bahtera
di dalam aku perenggut material
di dalam aku perakus dunia !


Ini jalan raya yang orang bilang berliku liku
berjalanlah atasku, rasakan morfosis
jumpa aku di garisan mula temui aku di garisan penamat
kau kan sedar dunia ini bulat !


Ini manusia yang bergelandangan
berjalan tanpa pamit , berlari tanpa halte,
ingin menemukan persamaan dan aplikasi transisi dan transformasi dalam terma hijrah
boleh bantu saya?


5:22am, malam yang tak tidur, pagi yang berjaga.


Dari tadi  Ireng berdiri dalam sebuah bilik, yang terangnya malap . Berdiri sambil menguis-nguis lantai pasir. Pandangannya tunduk, matanya katup . Bibirnya pula terkumat kamit .Membaca mantera tak diketahui, yang diselang selikan dengan bisik bisik pada angin. Bilik itu kosong, cuma dia , dan Dia.  Cuma berdiri, bermeditasi secara tidak selesa. Gelap dan sunyi, adalah situasi dua jam di mana dia berkhalwat dengan waktu .


Dua jam, dua perkara yang dia fikirkan. Dua isu kecil, yang bergantung pada satu topik mega. Bebannya berat di kepala, seperti mahu memuntahkan lava kegelisahan dari otak kecil. Tubuh yang molek juga tidak mampu  menanggung muatan yang difikirkan . Berubah pada tunjang pemikiran, dia lenyap . Jadi baik saja dia teruskan agenda berfikir dengan teliti, halus dan berpeluh peluh, Ya bilik itu gelap sunyi dan panas. bahangnya kuat sampai lencun bajunya.


Ahh terlalu statik. Terlalu. Makin bengap dibikin keadaan . Apa perlu dia berdiri, menggali dalam solusi, sedangkan jalannya diluar bilik?


Dia sebenarnya takut, terasa insekuriti dengan keadaan di luar bilik .


Ayuh, potensi kamu di luar sana, Rilekskan fizikal dan batin kamu . Kamu sedar ngga dua jam masa adalah territori penyeksaan ?  Jangan sadis sama kendiri .  



Itu, suara urgensi . Peraturan pertama dalam Law Of Attraction, adalah dengar dan ikut .



Tombol pintu dibuka . Langkah satu Ireng .

blueprint of 2012.