Hello Tuan,
ketua Menteri Bahagian A dan Ketua Menteri Bahagian B telah melihat sesuatu di dalam Cermin Ajaib. Satu figura yang meragukan, dan maaf, menakutkan kami berada di dalam bayangan cermin tersebut, pada suatu hari di mana burung burung gagak hitam tersengguk sengguk di udara .
Maaf kami terlanjur menggelar tuan sebegini rupa. Kami melihat seorang Genghis Khan dalam diri tuan.
Tuan,
Ini bukan Emporium Monggol untuk dicelakakan oleh aturan Yassa. Bagaimana sakti pun sebahagian sifat Genghis Khan. di bawah perlembagaan tersirat penipuan.
Tuan tersengih, kenapa?
Adakah nama Genghis Khan memerangkap tuan dalam imaginasi pemerintahan giga mega ? Mata tuan makin galak melayarkan khayalan kebejatan , juga strategi penaklukan memenangkan ego.
Berbicara tentang kualiti dan kuantiti dalam Bajet Tahunan yang tuan bentangkan sendiri pada tahun lepas, rakan kami Menteri Kewangan tertarik dengan bilangan kepala yang dipenggal setiap hari untuk menjayakan rancangan Tuan.
Oh tapi tidak mengapa, ramai orang orang tuan sendiri merasa bahagia dengan aturan Yassa yang memberlakukan sistem ganjaran dan proporsional dimana segala bentuk pembahagian secara jaya dan laksana. Mereka tersengih kambing tuan lagi terjerit babi. hikhok.
Semalam tuan sibuk memilih parfum berjenama dan kualitas setanding kayangan, tapi adakah tuan tahu, di bawah sana, rakyat sedang membusuk dan bernanah? Tuan tahu, di sini, ada dua lapis bau yang berbeza yang membezakan dihidu oleh dua lubang hidung yang berbeza?
Mungkin beberapa saat selepas ini waran dikeluarkan dan A Samad Said dipenggal kepalanya lalu digantung di tengah pentas, yang di mana lampu dewan digelapkan kecuali laser merah yang ditala ke leher beliau, jadi hiburan mata tuan sambil dayang dayang birah binawe berkemban menyuapkan anggur hijau ke dalam mulut tuan.
Tuan, tuan sumbat telinga dalam earphone ? k .

5 komen:
Sasterawan negara yang aku cinta. Sanggup mengerah kudratnya turun ke jalan batu tanah lalu memperjuangkan tumpah setia untuk lihat negara yang bersih. Ah- kagumnya aku dia bukan setakat wira bahasa. Dia pejuang pembela pembersih kuasa dunia!.
Mereka tersengih kambing tuan lagi terjerit babi. hikhok.
keras kental semangat pak samad buat anak muda segan. . .
Kau letak lah dalam zinesatumalam, ini nice.
oh okay, aku serahkan kat kau.
Post a Comment