Dari tadi  Ireng berdiri dalam sebuah bilik, yang terangnya malap . Berdiri sambil menguis-nguis lantai pasir. Pandangannya tunduk, matanya katup . Bibirnya pula terkumat kamit .Membaca mantera tak diketahui, yang diselang selikan dengan bisik bisik pada angin. Bilik itu kosong, cuma dia , dan Dia.  Cuma berdiri, bermeditasi secara tidak selesa. Gelap dan sunyi, adalah situasi dua jam di mana dia berkhalwat dengan waktu .


Dua jam, dua perkara yang dia fikirkan. Dua isu kecil, yang bergantung pada satu topik mega. Bebannya berat di kepala, seperti mahu memuntahkan lava kegelisahan dari otak kecil. Tubuh yang molek juga tidak mampu  menanggung muatan yang difikirkan . Berubah pada tunjang pemikiran, dia lenyap . Jadi baik saja dia teruskan agenda berfikir dengan teliti, halus dan berpeluh peluh, Ya bilik itu gelap sunyi dan panas. bahangnya kuat sampai lencun bajunya.


Ahh terlalu statik. Terlalu. Makin bengap dibikin keadaan . Apa perlu dia berdiri, menggali dalam solusi, sedangkan jalannya diluar bilik?


Dia sebenarnya takut, terasa insekuriti dengan keadaan di luar bilik .


Ayuh, potensi kamu di luar sana, Rilekskan fizikal dan batin kamu . Kamu sedar ngga dua jam masa adalah territori penyeksaan ?  Jangan sadis sama kendiri .  



Itu, suara urgensi . Peraturan pertama dalam Law Of Attraction, adalah dengar dan ikut .



Tombol pintu dibuka . Langkah satu Ireng .

7 komen:

penjajah minda said...

err exam?

Afiq Ah said...

2 jam masa yang senteng

hanaahmad said...

ayuh kejar. selamat berjaya! :)

LelakiSemalam said...

redha dan tawakal...

Gajah Putih said...

insekuriti malam pertama?

Lucifer said...

Power-power!

venus said...

selamat melangkah.