untuk satu perjalanan jauh. aku mencari syurga. mana dia , mana dia ? dan selalu aku terjelepok, kalah pada bumi yang kaki ini sedang pijak. banyak mata. cuma masing masing cacat, tidak punya tangan meski hati untuk sekelumit rasa belas, walau sedikit, malang. saya lihat satu revolusi di mana manusia sedang saling tidak mengendahkan, malah meletak cermin hanya untuk diri sendiri. cermin yang tidak punya pantulan kepada sekeliling. dua mata yang tidak mahu dikongsi. dua tangan yang tidak mahu diberi, dua kaki yang disembunyi. sepertinya harta sendiri dilacurkan untuk pelacur iaitu diri ? heh. lihatlah belakang untuk sekali, dan ajukan langkah ke belakang berkali kali. setiap langkah adalah maruah.
7 komen:
perlu terus melangkah dengan maruah..
:)
Dan setiap langkah yang memalitkan kekotoran pada langkah mereka yang bermaruah itu bajingan.
huyyooo luc.
*jgn letak -..-
jangan letak apa? =.=
pentingkan diri
siapakah ?
Post a Comment