bercakap tentang junk.

semalam aku berdialog dengan Thomas Edision.alah, siapa yang tak kenal. si comel comel prodigi tu.
perbualan kami selalu bersangkut paut dengan isu kegeniusan beliau. kadang kadang gua jeles juga. tapi apa boleh buat. . saiz otak aku lebih kecil dari saiz otaknya. dan bercakap tentang saiz. does the size matter ? heh.

dan prolog perbincangan kami selalu bermula dengan kata kata beliau yang sering dicanangkan di google. " Discontent is the first necessity of progress."




wahai edison, aku melihat kau selalu rasa bangkit. aku lihat api  di sekeliling kau.


kau, aku pun nampak api di belakang kau, cuma malap.


waktu itu aku teraba raba. gelap kan. segelap mata hati yang terbalut kemas oleh denial. penafian alam yang akhirnya menolak aku dalam satu skematik sesat. selalu aku hilang arah. selalu aku berlari dan terjatuh lagi. dan selalu perasan berbagai berlanggar langgar lari dalam ini.


dan kau ?


aku tidak gagal, aku cuma menemui sepuluh ribu jalan yang tidak berjaya. kata edison.
dan aku temui satu pencerahan dalam berjuta kegagalan.


dan aku .


perlukan paolo coelho sebagai pencerahan itu. dia bilang, "be brave,take risks. nothing can substitute experience"




pengalaman oh pengalaman, di mana lokasi kau.
edison:I start where the last man left off. 


sebenarnya aku cuma perlukan mata. lihat dan lihat. cuba jilat kegagalan dengan mata.




aku cuma perlu lihat dengan mata, berani dengan langkah. dan sepanjang jalan aku kutip catitan.


'Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up. ' edison.


jom jalan.



1 komen: