ada bau politik ? tak. ini bau hidup. tentang attitude. seorang anak kecil bilang, "Kenapa orang gila itu mak?" Seorang pemain gitar tepi jalan suarakan soulja dari hati, " dan aku di jalanan tercamping dengan nista oleh yang juga si jalanan yang berjalan kaki.."
Awan bermata halimunan lihat dari atas yang tak berapa atas itu, terlalu banyak retina mata yang terlapis oleh kebutaan, atau mereka memang buta dari dalam ?
*bau hidup lagi.
Bau asap monoksida. Cuba jilat. Jilat dengan hidung okay, bukan dengan lidah , nanti terbakar, bagaimana nanti mahu melontar kalam? Hidung mati tak apa, biar jiwa hati otak kau mati juga. Nanti mahu aku debukan kematian anggota tak berguna bersama asap asap bertoksik.
Hidung tidak ada bagaimana mahu menghirup hidup?
3 komen:
ini sangat hebat, dan aku bukan berniat sarkastik. hehe
oh haha. hidp ini lah yg srkastik :)
hidup ini sarkastik, hidup ini klise. hidup ini mmg penuh dgn perkataan2 yg wow! haha
Post a Comment