parlimen merah


ke hadapan  sidang pencemar
bernakhoda aku disini sesemput udara nipis senipis semput sang pelelah
di mana meja meja berantakan dengan jiwa yang berlayur
mana mahu lari yang dikejar oleh sang pengejar
bubar terus bubar lari terus lari jangan jatuh nanti diterkam
ke mana hitam putih kerakusan relatif terbang di bawa angin
aahh tegar kamu membinasakan kami
tegar kamu membincangkan arah musnahnya kami
tegar kamu menjamukan kami atas meja untuk dilahap
kami geli dong dengan mulut mulut berdarah kamu
busuk


busuk bau mayat kayaknya lebih mulia dari perfum si pemakan daging saudaranya.
mari sini aku ambil darah kamu.

3 komen:

penjajah minda said...

nanti mereka akan dapat habuan masing-masing.

faaizz d. zul said...

tempias dari lapisan2 sidang akan dihanyut gelombang rakyat
nanti.

Anonymous said...

meh sini aku ambil jiwa kamu!