masalah versus masa

Kalau masalah itu jadi paradoks, sahihkan saja. Masalah itu, kalau dibinatangkan, maka ia dijelmakan sebagai anjing. Di usir jangan, jadi haruslah berdepan.Jangan bermuka muka dengan masalah, nanti jadi kalamiti, prahara besar jikalau mendakap masalah tanpa tahu cara untuk selesaikan. Bercakap dalam bahasa mudah, jadikan masalah itu kenderaan kita, bukan alat kosmetik untuk kedutkan wajah, lalu menjadikan kita tua tanpa matang. Kadang kadang, perkara yang sukar dijangka. yang jauh dari ekspektasi, boleh jadi pembayang untuk solusi sebenar. Benarkan segala kemungkinan, bila tiada yang mustahil, maka kejar untuk dapatkannya. Dan kawan, berdoalah agar diberi pencerahan. 

4 komen:

Khry Hnry said...

yeah selesaikan masalah dengan jalan yang mudah dan jangan beratkan ia lagi. hehe

Lockomotive Mokhsva said...

paradoks nilai..

penjajah minda said...

benar..benar..

hanaahmad said...

masalah itu memang sentiasa diadakan untuk kita bersikap matang.