Bulan Disember ini, aku mengalami proses peralihan diri, sedikit dikit menyerapkan tugas baru dalam diri. Misi menamatkan apa yang dimulakan. Projek minum kopi pekat dengan krim lemak manis dalam rumah kayu beratapkan langit berlantaikan sawah padi. Sungguh aku mengimpikan seorang tua menunggang basikal dengan perlahan dan uzur, menggagah fizikal dengan kekuatan batiniah. Kalau momen itu dapat dikaptur, ia satu anugerah buat mata dan memori.Beza jarak momen sebenar dengan momen yang dikaptur, di sana tersimpan zat sabar, di mana sabar itu adalah nafas kasih sayang .Dan zat yang dihargai adalah bau kopi yang mengkhayalkan.
Tahun depan adalah Nour el chams yang semakin membahang. dan dibawahnya adalah penari penari yang berpeluhkan kopi.
Mari lihat signifikan kopi dan Nour el chams di tahun depan. Oh lupa, untuk sepanjang tahun ini dan kucuri sedikit tempoh masa hadapan, aku menjawat sebagai speran . Melapor diri.
Mari lihat signifikan kopi dan Nour el chams di tahun depan. Oh lupa, untuk sepanjang tahun ini dan kucuri sedikit tempoh masa hadapan, aku menjawat sebagai speran . Melapor diri.
3 komen:
kopi!
jom ngeffi !
nama dah dekat-dekat. profil dua-dua guna skull. btw, permulaan tahun ni nour el shams agak malap.
Post a Comment