Apa khabar hari ini, waktu?

Aku titipkan satu rindu ini buatmu,
agar ranum pada waktunya lalu menjaga waktu tuaku.

Matahari tak lagi kita rindukan,
kerana  mimpi masih ada kamu
ku katakan pada bintang-bintang yang benderang,ayuh malap !
kekasihku sedang sakit merindu




Kau menuliskan dirimu dalam puisi,
Bait sunyi yang kabur-kabur lagi,
lalu kupaku engkau dalam ingatan, kisahmu adalah ejaan yang paling tak sempurna
berjuta kata melayang
di angkasa
menjadi pelangi

Perang

di matamu, peluru
dadaku sasaran bisu
suara dia yang hilang
berganti ledakan tak berasas













Cintai aku malam ini.
Malam ini saja.
Kerana tiada besok untuk kita
" Dengan Tuhan pun aku rasa jauh, apatah lagi nak menjalinkan hubungan cinta dengan manusia. Aku tak layak lagi".

Fikir Anita sambil berak. 

Kepada kawan
daripada engkau memberikan aku kebenaran atau kesalahan,
kebaikan atau keburukan,
berikanlah kejujuran
kawan,
daripada engkau memberikan aku kesenangan atau kepedihan,
kesuksesan atau kegagalan,
tunjukkan aku keautentikan
entah diri ini abadi atau tidak,
entah rindu ini bertunas atau mati
ketulusan, getarnya memerdu,
hingga pergunugan menjauh

Rindu adalah rahsia cinta kita berdua.
Simpan dulu resahmu , sampai kapan? 

Mungkin ini suatu rasa yang sia-sia , 
Mungkin ini adalah cinta yang tak ditakdirkan. 

22 Februari 2014. 

Kalau kau ada baca, tolong khabarkan ke aku.