Apa khabar hari ini, waktu?

Aku titipkan satu rindu ini buatmu,
agar ranum pada waktunya lalu menjaga waktu tuaku.

Matahari tak lagi kita rindukan,
kerana  mimpi masih ada kamu
ku katakan pada bintang-bintang yang benderang,ayuh malap !
kekasihku sedang sakit merindu




Kau menuliskan dirimu dalam puisi,
Bait sunyi yang kabur-kabur lagi,
lalu kupaku engkau dalam ingatan, kisahmu adalah ejaan yang paling tak sempurna
berjuta kata melayang
di angkasa
menjadi pelangi

Perang

di matamu, peluru
dadaku sasaran bisu
suara dia yang hilang
berganti ledakan tak berasas













Cintai aku malam ini.
Malam ini saja.
Kerana tiada besok untuk kita