hiatus

malas dan bertangguh adalah dua jenama kejilakaan. siput babi pun berevolusi menjadi cheetah  . kau ? manusia pemalas yang menjadi semakin malas . 



hm.

Hello tuan, hell o !

Hello Tuan,
ketua Menteri Bahagian A dan Ketua Menteri Bahagian B telah melihat sesuatu di dalam Cermin Ajaib.  Satu figura yang meragukan, dan maaf, menakutkan kami berada di dalam bayangan cermin tersebut, pada suatu hari di mana burung burung gagak hitam tersengguk sengguk di udara .

Maaf kami terlanjur menggelar tuan sebegini rupa. Kami melihat seorang Genghis Khan dalam diri tuan.


Tuan,

Ini bukan Emporium Monggol untuk dicelakakan oleh aturan Yassa. Bagaimana sakti pun sebahagian sifat Genghis Khan. di bawah perlembagaan tersirat penipuan.

Tuan tersengih, kenapa?
Adakah nama Genghis Khan  memerangkap tuan dalam imaginasi pemerintahan giga mega ? Mata tuan makin galak melayarkan khayalan kebejatan , juga strategi penaklukan memenangkan ego.


Berbicara tentang kualiti dan kuantiti dalam Bajet Tahunan yang tuan bentangkan sendiri pada tahun lepas, rakan kami Menteri Kewangan tertarik dengan bilangan kepala yang dipenggal setiap hari untuk menjayakan rancangan Tuan.

Oh tapi tidak mengapa, ramai orang orang tuan sendiri merasa bahagia dengan aturan Yassa yang memberlakukan sistem ganjaran dan proporsional dimana segala bentuk pembahagian secara jaya dan laksana. Mereka tersengih kambing tuan lagi terjerit babi. hikhok.


Semalam tuan sibuk memilih parfum berjenama dan kualitas setanding kayangan, tapi adakah tuan tahu, di bawah sana, rakyat sedang membusuk dan bernanah? Tuan tahu, di sini, ada dua lapis bau yang berbeza yang membezakan dihidu oleh dua lubang hidung yang berbeza?


Mungkin beberapa saat selepas ini waran dikeluarkan dan A Samad Said dipenggal kepalanya lalu digantung di tengah pentas, yang di mana lampu dewan digelapkan kecuali laser merah yang ditala ke leher beliau, jadi hiburan mata tuan sambil dayang dayang birah binawe berkemban menyuapkan  anggur hijau ke dalam mulut tuan.


Tuan, tuan sumbat telinga dalam earphone ? k .
Ini kotaraya sering berkata
kalau berani mari cuba saya
akulah datum akulah pewakil
dahului masa sebelum cahaya  itu sendiri !


Ini pencakar langit yang sering menjerit
memacu memudi kononnya bahtera
di dalam aku perenggut material
di dalam aku perakus dunia !


Ini jalan raya yang orang bilang berliku liku
berjalanlah atasku, rasakan morfosis
jumpa aku di garisan mula temui aku di garisan penamat
kau kan sedar dunia ini bulat !


Ini manusia yang bergelandangan
berjalan tanpa pamit , berlari tanpa halte,
ingin menemukan persamaan dan aplikasi transisi dan transformasi dalam terma hijrah
boleh bantu saya?


5:22am, malam yang tak tidur, pagi yang berjaga.