ini sangat Fail bila datang kepada cara cara membuat mukadimah . adalah lebih baik untuk terus bercerita mengenai kawan, ya itu yang saya mahu tekankan. Baka kata lubang atrium berkawanlah secara spesifik bukan secara general kerana nilai kecil adalah lebih banyak dari jumlah yang besar. heh?
setelah membaca blog seorang kawan saya baru tersedar , bahawasanya saya mempunyai kawan kawan yang hebat. apa yang awak mampu harapkan dari seorang pesakit amnesia seperti saya? memori memori lepas saya cuma datang dari kawan kawan saya. ya kawan kawanlah yang mengingatkan saya, siapa saya sebelum ini, sedang dan akan datang. kawan kawan.
kawan kawan kedengaran seperti kata ganda yang main main bukan? kelihatan mudah, tetapi menjadi kawan kawan yang memegang kualiti nilai sahabat yang sebenar, adalah payah. Dan saya rasa terharu, mereka mereka yang jauh berjuta juta kilometer dari saya, masih sanggup menyimpan amanah nilai sahabat. Sebenarnya saya malu mahu mengaku,di perenggan ketiga ini telah berjaya membuat mata saya berkaca kaca, padahal jiwa saya yang terkena kaca sebenarnya. pedih.
dan di perenggan ke empat , saya menyandar ke dinding.Saya tahu, kawan kawan jauh menjadi tulang belakang saya, dan kawan kawan dekat, memimpin tangan saya. Ke mana mereka mahu bawa saya? Saya juga tahu, setiap kali saya berjalan, ada antara kawan kawan yang memimpin tangan itu, menolak tubuh saya jatuh. Tapi saya tak mahu menangis, baik disimpan airmata untuk rasa terharu dengan kawan kawan yang ada nilainya kan.
Saya baru hidup lapan belas tahun. Tak ramai saya kenal. Tak lama yang saya kenal. Tapi saya tahu, antara yang sedikit itulah. antara yang sekejap itulah , yang saya sayang. mereka orang orang yang hebat. Di perenggan terakhir ini, saya mahu simpan saja kaca dalam hati, sebab saya mahu rasa pedih untuk kawan kawan yang sejati.
kawan kawan yang sedang baca, ya, anda hebat , saya tahu :)