berukband makin lambat. fb tak dapat bukak, belog pun lambat, nak search pape pun tak dapat. assignment tak dapat buat. APE PUN TAK BOLEH!
kenape tak boleh add image haa ?
Frank Swettenham bilang,perihal orang melayu,"Tetapi yang penting sekali dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resam, takut kepada raja dan menghormati pihak berkuasa"

carta ERA

'Saya rasa kita serasi kerana saya metalhead dan awak dengar asli dan keroncong, cuba bayangkan betapa bosannya hidup kita kalau kita sama-sama dengar Yuna.' ~ zain rusdi dalam Bohemian II: Anak Alam.

Tapi kalau roh saloma dan skillet dalam saya,awak ?

.

hujan turun dari kerak matahari. selamat 1:54 tengahari, roh roh sekalian!

.

"Each and every person has experiences. They may be great or small, deep or high, boring or exciting. But for me, the amazing thing always is 'experience' itself. Their value is subjective, and they depend very much on the person who's judging them."
::: The Mute's Soliloquy (Page 282)
credits to Ayour.


berak itu sedap. yekss.

.


"Your leaders will now understand: Decepticons will never leave your planet alone, and we needed them to believe we had gone. For today, in the name of freedom, we take the battle to them!"
::: Optimus Prime

2.43pm hari ini.
saya rasa ada jajahan di celah medulla oblongata. tak pun cerebrum layer saya dihuni alien alien sesat. yang menyekat neuron neuron saya dari menjalankan fungsi. oh bukan semua, ada satu jalan neuron yang masih punya stimulasi ke phalanges yang maha rajin. Tapi tahu, phalanges saya diprogramkan untuk menekan papan kekunci, bukan menelaah untuk exam malam ni -..-


subjek Econs For Architecture memang tak masuk dalam empire otak.
Tuhan, tolonglah.

mari belajar, errr apa apa ?

to remain clean is to remain civilised.
ada bau politik ? tak. ini bau hidup. tentang attitude. seorang anak kecil bilang, "Kenapa orang gila itu mak?" Seorang pemain gitar tepi jalan suarakan soulja dari hati, " dan aku di jalanan tercamping dengan nista oleh yang juga si jalanan yang berjalan kaki.."

Awan bermata halimunan lihat dari atas yang tak berapa atas itu, terlalu banyak retina mata yang terlapis oleh kebutaan, atau mereka memang buta dari dalam ?

*bau hidup lagi.

Bau asap monoksida. Cuba jilat. Jilat dengan hidung okay, bukan dengan lidah , nanti terbakar, bagaimana nanti mahu melontar kalam? Hidung mati tak apa, biar jiwa hati otak kau mati juga. Nanti mahu aku debukan kematian anggota tak berguna bersama asap asap bertoksik.

Hidung tidak ada bagaimana mahu menghirup hidup?

suara yang terbenam,.


immerse your soul in love.

jiwa mana yang kau mahu ? yang gelap yang hitam inikah ? yang berantakan di celahan lorong gelap lagi sempit . inilah si silent screamer. si pemekik bisu.

sadap lu, gua tak hadap!



*actually gua nak taruk bideo tapi tak reti haha. takpe takpe lu carik saja lagu ni , RADIOHEAD:STREETSPIRIT[FADEOUT]

.

jalan terus yuk.
jalan sampai taktahu mana arah.
kemudian terpinga pinga sedap.

dan inilah ruang.hidup ini memang ber ruang.

bayangkan satu ruang.
kita berjalan dalam satu ruang berudara, dan tiba tiba,
kita tercampak dalam satu koyakan ruang tervakum tanpa udara.

kebun mimpi

aku mimpi di siang hari. sebab malam tengahari petang malam, masa masa untuk berangan.Jadi, pada waktu apakah aku meletakkan diri aku di alam nyata, wahai jiwa ?

kau binatang tercomel

kau itu macam basilisk, yang bunuh aku dengan tusukan kata kau.


tapi sayang, nafasmu tak tersedut oleh aku. nafasmu hilang arah dalam kabus tebal maya !

jisim

Lidah itu satu. Saraf itu banyak. Mana satu anak-anak guna ?

.

sejarah mengajar tentang darah ?


Ahli sejarawan patut menganalogikan kejadian sejarah seperti ini:

darah dan tanah terkumpul membentuk sejarah.
ringkas mungkin, tetapi apa ada dalam darah ? apa ada dalam tanah ?
ciptaan Tuhan itu kompleks. Buku teks Biologi mahupun Kimia setebal manapun masih belum cukup menjelaskan segala.



wake up wake up alminda walfizikaliyah oke ini sesat.

sedar aku terlalu jauh tercandu pada dunia sebelah lainnya.

.


Napoleon pernah cakap , jangan kacau musuh kau bilamana dia sedang berbuat salah.

Nabi Muhammad pesan, tegurlah sahabatmu bilamana sedang dia khilaf.



satu malam.

ada satu malam yang paling gelap antara malam malam sebelumnya. malam itulah yang paling gelap. paling kelam paling suram. rasa angin malam itu berbeda, seperti rasa angin yang lelah, rasa angin yang penat. terasa malas sekali rasa itu. juga pada tanah yang bersedih, pada daratan yang tak kuat, lembik dan terkulai. itulah malam lesu buat si pemain seruling pada malam hari.

tentang rasa. rasa itu dibikin pelbagai. cuma malam ini disinkroni dengan kesedihan terlampau.
malam itu terlalu asing. macam satu malam yang dicampak tiba tiba ke satu dunia malam masrura. mungkin ini kah malam tersorok yang dikatakan para peniup seruling sebelumnya ? saat yang bakal tiba untuk hari hari dia?

dia fikir, malam itu sebenarnya satu jangka waktu untuk dia bermeditasi dan bertafakur dengan alam. inuilah masanya dia mencium berahi memeluk langit pekat dengan nafsu yang berakal. tanpa mempedulikan keinginan keinginan lain yang dia fikir selama inilah roda buatnya.

ahh aku sedang terbang,


malam itu dia buta, tapi dia dapat merasakan ada dewa yang meminjamkan sayap kepadanya.
lagi
malam itu dia buta, tapi dia seakan terasa sinar najmu yang terdifusi dalam jiwa. lalu tercerna dalam darah merah.

kini dia rasa seperti bercahaya.


diakah si kunang yang terenegis dengan kalam malam tersorok itu ?

reverens

dunia ini luas. hidup ini besar. bumi ini sfera. kau ? selaput otakmu terlalu tebal. disiat siat mana pun tak luak. liat macam daging cipan. aku rasa fi'li sula sulaan pun tak buat kau terseksa berdarah.

catwoman.

magis itu datang dari lorong gelap.datang dari hembusan nafas intrig si bohemian.



dan dia itu,
siapa?

batu belah batu bertangkup

satu untuk engkau
satu lagi untuk aku.

makanan kegemaran saya

Aku suka makan kepak ayam. Impian aku ingin terbang. Tapi aku lupa itu kepak ayam. Ayam terbangnya seinci saja.

Boleh aku pinjam sayap pari pari ?
Aku tak hanya ingin terbang, aku juga mahu melepaskan magis magis cinta di bawah sana !

conversation

Ada satu hiwar dalam sebuah taman.
Ada aku.
aku seorang.
Perbualan aku dengan apakah ?
Dengan satu kehilangan,
Dengan satu putaran angin depan mata.
Tornado itu tunggu aku, berbicara. tapi aku senyap. sebab aku tidak mahu dipandang gila bercakap dengan angin.
Tapi aku memang gila. akulah si gaga yang bakal ganti Lady Gaga. Tapi ini aku si gila yang menunggu angin berbahasa dulu.
Bahasa angin apakah?
Angin sedang berputar. Sekarang.
Cakap lah, aku.
Cakap.
Bicara apa.
Kau itu satu kehilangan.
Kau hilang.

angin sedut dalam kata hati, berlari tinggalkan aku. lalu sampai kan pada kehilangan itu.


apa angin jumpa kehilangan itu ?

Hal tiga

Ada satu hiwar dalam sebuah taman. Taman itu ada bunga. Bunga itu aku. Bunga sedang bercakap dengan angin. Angin itu maya semata mata. angin datang lenyapkan bunga, Angin itu engkau.

Hal dua

Ada satu hiwar dalam sebuah taman, ada aku dan sebuah kehilangan. Dan aku bercakap dengan kehilangan itu.

Wahai sesuatu yang hilang,
kembalilah ingatkan aku.


Hal satu.

Ada satu hiwar di sebuah taman. Taman itu penuh bunga, penuh rama rama. Ada engkau dan aku. Aku dalam bentuk fizikal dan engkau, engkaulah kehilangan dalam taman itu. Kau wujud , tapi dalam bentuk kehilangan.Kau ada, tapi hilang. Kau ada, tapi halimunan. Kau tidak ada.

mana kau

dulu hujan selalu turun.

masa yang beku ini telah tunjuk,
rekah itu telah jatuhkan apa apa yang ada.

mist

TUJUH NAMA ANDA


MISTERI

alphabets

how do you spell love ?
i dont know how to spell it
i feel it















-orang lain-

barcode

buku tanpa judul
punya penerbit
maka akulah hihi
edisi terhad cuma satu
tidak dijual harap maaf
tapi hilang
kau tahu kan apa rasa kehilangan udara dalam satu ruang sempit ?

malaaikatu bi'uksiha

dia mendekati. terlalu hampir.
saat itu ak rasa angin, aku rasa dingin. aku rasa ingin.
ingin lari berlari selaju mana buraq berlari . tapi mana mungkin.

aku terjerat. tersekat, terikat oleh tali tali yang membelit tanpa kasih.

satu hembusan.


lepaskan aku.


matanya merah. sepekat ketidaksabaran. itu mata yang radikal. mata pembaham.


satu hembusan lagi. tolong aku, rangga.


"rangga tidak wujud" kata dia.

retina dia aku tembusi dengan kemarahan. "Dia ada! " sini dalam hati, gumam aku.


"rangga tidak ada. ada cuma kau aku. sini . " sini. sini yang aku rasakan, inilah landasan derita.


selepas ini aku bakal diseksa lebih teruk. lebih sadis.
suhu merah naik.

Akulah Izrail
setiap nafasmu
setiap langkahmu
yang dulu aku beri
kini ku ambil kembali



baringlah engkau di tempat yang hina, manusia.

under the moonlight

dipenjara bawah bayang
aku terbakar

oren kuning tiada oasis

seperti sekumpulan marhaen
yang berjalan tertunduk tunduk
atas tanah gersangnya Sahara
yang menafikan kegelisahan terhadap dehidrasi
melemahkan
golongan itu terus melangkah
berpaut dan melangkah
untuk matlamat apakh mereka bertahan
pabila seorang daripada mereka
rebah
sujud pada bumi
tewas pada pasir halus
panas, menghiris.

mereka terluka turut merasa.

titik halus.

You never noticed
You never noticed me
I'm out of time and left behind I'm a stranger in my mind
You never noticed
You never noticed me
'Til I locked myself inside my room I'm a stranger in my home



saintis punya mikroskop, untuk kaji walau kuman sekecil zarah, walau zarah sekecil bakteria, walau bakteria sebesar luka. sedalam sakit. walau separah lara.
kau punya apa ? trillion indera pun belum tentu kau mampu melihat semua.
ingat sini ada hijab.

plus minus

misty air, layak kayangan. kabus warna suci buat kau statik.kau tahu apa. cuma harapkan ada sedikit bayangan figura. kabus tolonglah hantar dia ke sini.

si peminta mimpi yang hanya mahu bermimpi, tak lebih.

lompat pagar

hello cik matahari

anda terlalu terik sampai bulan pun tak mahu mampir,

boleh awak kurangkan panasnya cinta? :)

malam itu hitam kau bagi merah

nak bakar Bumi,

sebab ada Nik Ezani. annoying.

,

Rangga,saya mahu punya cinta.

feeling hoyeh

suatu macam perasaan dimana kita tenggelam dan hanya mampu melihat dari bawah permukaan maut bahawasanya langit sedang cerah dan lari bersama musim bunga.

kakiku kejang dan hanya membiarkan.

entusias

dia duduk atas jalan. punggung kotor angkara tanah lumpur selepas hujan.

"OHEMJAY habibiku depan dua pasang mata", selaras asinometrikal. mulut buka luas luas, tambah kuasa graviti kekasih itu. Diameter pun ditambah dengan sengaja. ghairah. teruja seperti jejaka phedophile meliahat porno.again dan lagi dia teruja. macam cipan ketapiran, macam harimau kesingaan, dia TERKAM!

saya lihat dari jauh seorang perempuan sedang makan aiskrim goreng selepas pulang dari pasar malam,

habis tumpah cecair vanila atas jubahnya.

done with keboringnessan ouh.

dengan rambut Mohawk dia berjalan. Tendang tin tin kosong berserakan dengan rakus tak bersimpati sampai kemek kemek nazak beliau beliau yang didajali itu.

Tunduk. Kalut. Kusut.

atas jalan bertar kasar.

Langit mendung. Cuma masa itu.

bersenandungkan rasa sedih si empunya rambut ganas. Siapa kata jiwa keluli susah nak tembus? Jantung rock! tapi jiwa menangis,

Langit tambah konsentrasi kemendungan . Niat awan mahu menangis jua,

Tapi tiba tibarambut Mohawknya menegak, ejakulasi barangkali. bercahayacahaya. Si orang itu bangun, semangat lalu jerit

HIYARRGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

done with keboringnessan ouh.

my grandmaddijane

seorang tua di tepi jalan. kerepot tahap nazak. dah nak mampus, tapi itu tanda betapa besar ia melihat dunia. memahami tanah, menghayati langit untuk masa yang terlalu berlari bagai marathon buatnya. kini dia berdiri di sisi jalan, melihat dunia yang lainnya. apakah sama ?tulangnya masih kuat , dia boleh berjalan penuh kebijaksaan, kini dia terasa bodoh. bodoh macam bahlul. dan dia fikir lagi . aku kah ? atau jalan ?

malam ini aku berjaga

At the noisy end of the café, head bent

over the table, an old man sits alone,

a newspaper in front of him.

And in the miserable banality of old age

he thinks how little he enjoyed the years

when he had strength, eloquence, and looks.

He knows he’s aged a lot: he sees it, feels it.

Yet it seems he was young just yesterday.

So brief an interval, so very brief.

And he thinks of Prudence, how it fooled him,

how he always believed—what madness—

that cheat who said: “Tomorrow. You have plenty of time.”

He remembers impulses bridled, the joy

he sacrificed. Every chance he lost

now mocks his senseless caution.

But so much thinking, so much remembering

makes the old man dizzy. He falls asleep,

his head resting on the café table.






.c.p.cavafy

,

responsibility is a big word.

robert frost, solaris

saat aku merasakan hanya aku di jalan ini

seinci cuma

istak peach dicapai oh eksotik aku suka.

dalam subliminal otak kau mencerun ke tangga tangga bawah sebelum naik. yang paling bawah, yang pada kaki kau mula memijak. yang makin tak kelihatan dalam bubble mimpi kau, tapi kau tahu kan ini mimpi masa lalu. mimpi yang sudah ada pada batu. yang gila tak kan mungkin terpadam waima dihakis segala apa yang memaksa dengan kasar. tapi dari situ kau bermula, lagi sekali dalam subliminal.

ini dunia kau, " kau fikir.

kau pandang tinggi, ouh masih jauh masih terik lah matahari yang di atas itu, assyams yang mematahkan setiap rasarasa yang mahu mebuatkan aku mula untuk mengangkat kaki walau seinci cuma.

embark

ini belog baru. kanvas baru. entah apa yang mahu aku tuliskan.

dimasak oleh seorang jiwa lucifer, bukan aku. tapi seorang budak dari alam maya. beliaulah yang buatkan belog ni, hihi thanks alsaitan yang baikhati.

mierspelledbackwards


ini bukan cerita pasal reim. bukan kalimah. tapi ini bahasa angin.

angin siapa bilang beliau bisu ?

mereka bising apa, kadang kadang ganas, layak Katrina.

tapi selalunya lembut, berbisik sekali lalu buat bulu roma berdiri.

tapi akhir kalimah ini reim, reim angin yang punya.